“Sebenarnya kebanyakan lelaki lebih menyukai wanita yang bijak daripada wanita yang seksi. ”
Banyak laki-laki selalu memandang tinggi kepada wanita genius. Paling tidak,
wanita yang mempunyai pendirian tetap dan bijak membuat keputusan. Dalam arti kata lain, selalu percaya kepada pemikiran sendiri.
Bagi
mereka, memakai jeans yang ketat, t-shirt pendek sehingga terlihat belakangnya, atau wanita bersinglet di pusat membeli-belah
adalah Too Cheap!
Perempuan-perempuan
yang seksi ini hanya dilihat sebagai satu objek seks.
Namun…jika terpelajar, bijak dan seksi, ianya satu kelebihan besar!
It’s big bonus!
Sekiranya
seorang wanita itu pandai mengimbangkan cara berpakaian, penampilan
diri, berilmu dan bijak membuat keputusan pastinya dia adalah pilihan
lelaki yang paling utama.
Maksud
berilmu di sini, anda boleh memilikinya dari berbagai cara bukan hanya
dari kelulusan akademik yang tinggi. Anda boleh menimba ilmu dari
kursus-kursus ataupun workshop apa-apa di mana-mana saja dan anda
boleh memiliki ilmu dalam bidang memasak, menjahit, percetakan dan sebagainya.
Apabila
anda mempunyai ilmu dan kepakaran di dalam sesuatu bidang, anda sulit dilecehkan atau dipandang rendah oleh sesiapa saja. Ini
kerana, apabila seseorang yang mempunyai ilmu dan pendidikan,
keperibadian anda dilihat dari sudut perspektif yang berbeda serta
dihormati dan bukan orang yang mudah untuk
dipermainkan. Now you see what is important, right?!
“Lelaki tidak menyukai wanita yang suka bercerita tentang bekas kekasihnya.”
Lelaki akan bosan apabila wanita mulai bercerita tentang itu dan ini, kisah masa lalu dan kenangan manis serta pengalaman mereka semasa bersama dengan bekas kekasih.
Itu kesalahan besar. Mereka juga menganggap, jika wanita masih berprilaku begitu, pria menganggap seolah-olah wanita itu masih cinta dan mempunyai perasaan terhadap bekas kekasihnya, walaupun hanyalah satu kenangan silam.
MASA SEKARANG, rencanakan kebahagiaan sekarang..create new experience untuk anda berdua kenang segala kemanisannya. Alami segala pengalaman baru bersama walaupun di tempat yang pernah anda kunjungi bersama exboyfriend. You know, itu lagi bagus…Lalui bersama boyfriend sekarang, sesuatu yang pernah dilalui bersama exboyfriend untuk jadikan kenangan silam sudah tidak bermakna lagi.
FAKTA #3
“Lelaki sangat menyukai wanita yang disukainya walaupun wanita itu tidak cantik!”
So, jangan marah dulu! Hehehe…Kalau tahu anda betul-betul cantik atau hebat, ketika berjumpa lelaki yang membenci anda, sesungguhnya walau dia membenci anda sekalipun lelaki itu tidak akan berkata anda hodoh jika anda cantik.
Sebenarnya ini memang benar. Sudah banyak lelaki-lelaki begini. Walau dia benci atau sebel dengan sikap wanita itu…dia tetap akui yang wanita itu benar-benar cantik.
Tapi kalau yang tak cantik tu…tetap tak cantik laaa..hehe. Namun walau tak cantik pun, kalau si lelaki sudah sayang, anda akan tetap kelihatan dan tampak cantik. Begitulah juga sebaliknya.
FAKTA #4
“Mengapa masih mencintai lelaki yang pernah curang? Kerana lelaki curang akan berlaku curang lagi dan lagi… ”
Lelaki curang??…jangan memberikan peluang kedua kepadanya. Sekali dia curang, dia akan berlaku curang untuk berkali-kali lagi. Sekali lelaki curang, itu bermakna dia masih mempunyai nafsu terhadap wanita-wanita lain. Curang pertama kali itu yang susah untuk dilakukan, tetapi apabila dia sudah buat sekali…well, yang kedua dan seterusnya is easy!
So, jangan banyak berfikir! Buang dia! Tidak ada gunanya untuk anda memaafkan lantas memberi peluang kepadanya untuk kembali, kerana hampir kesemua daripada mereka akan kembali berlaku curang lagi. Sorry kawan-kawan wanita semua…this is reality!
Kecuali, dia terikat dengan perkahwinan yang terpaksa atau perhubungan yang sudah tiada cinta namun kerana anak-anak atau kerana keluarga dan maruah, lalu dia tidak dapat putuskan. Lalu, dia terpaksa jatuh cinta pada yang lain…
FAKTA #5
“Lelaki teramat benci dengan wanita-wanita yang suka berlebih-lebih dalam segala hal.”
Banyak laki-laki memang tak suka dengan wanita yang suka berlebihan, berpakaian, cara berteman, cara berbelanja yang berlebihan dan lain lain. Lelaki mana pun akan mudah meninggalkan dengan wanita seperti ini. Jika mau berlebih-lebihan sebaiknya untuk bersedekan dan perbuatan baik lainnya.